Jangan diskriminasi bantu orang susah

Tarmizi (kanan) sempat mencuba memotong rambut salah seorang kanak-kanak pada program kenduri kampung, di sini, baru-baru ini.
Tarmizi (kanan) sempat mencuba memotong rambut salah seorang kanak-kanak pada program kenduri kampung, di sini, baru-baru ini.
A
A
A

PARIT - Semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Parlimen Parit diingatkan supaya tidak mengamalkan dikriminasi dalam memberi bantuan kepada golongan miskin di kampung masing-masing.

Penyelaras Parlimen Parit, Datuk Tarmizi Mohd Jam berkata, sifat diskriminasi dan pilih kasih bukanlah amalan Malaysia Baharu di bawah PH di mana semua pempimpin perlu bersikap adil.

"Kepada pengerusi MPKK setiap kali dalam mana-mana majlis pimpinan akan menyebut teras kepada kerajaan yang baik dapat dilaksanakan dengan membantu tanpa mengira fahaman parti politik.

"Apa pun parti politik mereka, sekiranya mereka layak dapat bantuan maka mereka harus diberikan bantuan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir pada program Kenduri Kampung anjuran MPKK Kampung Dusun Hulu dan Kampung Selat, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, apabila Pengerusi MPKK berjaya membantu pelbagai lapisan masyarakat, rakyat akan melihat dan faham bahawa kerajaan di bawah pimpinan PH berlaku adil dalam menghulurkan bantuan.

"Mereka akan lihat dari sudut keadilan kepada rakyat terbela dan itu yang dikehendaki rakyat di mana tidak ada diskriminasi dan segala kekayaan negara dapat dirasai semua," katanya.

Ditanya mengenai suasana di Parlimen Parit selepas PRU14 lalu, Tarmizi berkata, pihaknya tidak henti turun berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Proses pembangunan kecil seperti penurapan jalan, membaiki longkang berjalan seperti biasa dan kita juga memberi tumpuan membantu golongan susah melalui pelbagai insentif yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal.

Artikel Berkaitan:

"Kita melihat sendiri kesusahan yang dihadapi oleh orang kampung di Parlimen Parit ini dan apabila turun kita terus menghulurkan bantuan dengan segera," katanya.

Sementara itu, lebih 300 penduduk dari kedua-dua kampung hadir pada kenduri kampung berkenaan di mana mereka diberi penerangan berkenaan bantuan yang disediakan kerajaan serta saluran betul membuat aduan sekiranya mempunyai masalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!