'Black pearl' dalam hempedu pesakit
BANGKOK - Seorang doktor terkejut apabila menemui lebih 800 'black pearl' di dalam hempedu seorang pesakitnya di sini.
Pesakit berusia 60 tahun itu dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian perut, mengalami demam dan matanya bertukar berwarna kuning.
Menerui posting Facebook Doktor Arak Wongworachat, beliau mendedahkan menemukan 'sesuatu' ketika membuat imbasan ultrasound ke atas perut lelaki tersebut.
Pembedahan terus dilakukan dan doktor mendapati hempedunya dipenuhi 'black pearl'.
Menurut media tempatan, 'black pearl' itu bukan dari minuman boba teh susu sebaliknya ia terbentuk disebabkan keradangan yang kronik dialami lelaki berkenaan hingga organnya dipenuhi nanah yang kelihatan seperti boba.
Dalam pada itu, Arak juga menjelaskan, pesakitnya itu menahan kesakitan selama lima tahun sebelum membuat pemeriksaan di hospital.
Beliau juga memberi nasihat kepada masyarakat untuk mengutamakan penjagaan kesihatan selain jika mengalami kesakitan di mana-mana organ segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut bimbang jika lewat, ia memudaratkan diri.
Sementara itu, perkongsian kisah itu tular di laman sosial dan warganet menyifatkan gambar 'black pearl' sungguh menakutkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!