Keluarga pengebom bunuh diri di Medan buka mulut

Polis menyoal siasat ahli keluarga penyerang di kediamannya di Medan, Sumatera Utara. - Foto AFP
Polis menyoal siasat ahli keluarga penyerang di kediamannya di Medan, Sumatera Utara. - Foto AFP
A
A
A

MEDAN - Sikapnya berubah dalam tempoh enam bulan, kata mentua kepada pengebom bunuh diri yang hanya dikenali sebagai RMN yang menggemparkan Medan di Sumatera Utara, Indonesia semalam.

RMN turut mengesahkan menantunya itu juga tidak pernah terlibat dengan fahaman radikal sebelum perubahan tingkah lakunya secara tiba-tiba.

Selain itu, isterinya turut membongkar penyerang terlibat dengan kumpulan-kumpulan tertentu.

Jurucakap polis di Medan, Mardiaz Kusin bagaimanapun belum mengesahkan sama ada kumpulan itu adalah kelompok radikal berikutan siasatan lanjut sedang dijalankan dan serbuan turut dilakukan ke atas lima buah rumah pada hari ini.

Hasil penggeledahan di beberapa kediaman tersebut turut menemukan beberapa alatan termasuk busur panah dihasilkan daripada besi dan risalah berkaitan kumpulan radikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengebom bunuh diri serang balai polis di Medan

Terdahulu, polis mendedahkan identiti penyerang itu berdasarkan cap jarinya dan dikenal pasti sebagai penuntut sebuah universiti berusia 24 tahun kelahiran Medan.

Dia dipercayai melakukan serangan itu secara bersendirian atau 'lone wolf' namun pihak berkuasa masih menyiasat jika dia ada kaitan dengan sebarang kumpulan militan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, kami menemukan bateri dengan 9V, plat logam, sejumlah paku pelbagai saiz dan beberapa wayar. Segala bukti yang diperoleh dihantar ke makmal forensik untuk menentukan jenis bom yang digunakan penyerang," ujar jurucakap Polis Nasional, Dedi Prasetyo.

Ketika kejadian itu, enam orang termasuk empat anggota polis dilaporkan cedera dalam letupan di kawasan parkir kereta di ibu pejabat polis Medan tersebut.

Dalam perkembangan lain, pengendali Angkasa Pura II bertindak meningkatkan kawalan keselamatan dan pemeriksaan di 19 lapangan terbang yang diuruskan mereka sebagai langkah berjaga-jaga. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!