KPN tidak gentar disiasat

Abdul Hamid bertanyakan sesuatu kepada murid SK Jerantut.
Abdul Hamid bertanyakan sesuatu kepada murid SK Jerantut.
A
A
A

JERANTUT- Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Abdul Hamid Bador sedia disiasat melalui Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) jika terlibat dengan sebarang salahlaku.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas bahawa KPN juga tidak akan terkecuali daripada disiasat.

"Tiada masalah bagi saya, kalau tiada IPCMC pun saya rela disiasat jika saya buat kesalahan selaku KPN. Saya warganegara Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Apa istimewanya KPN?

"Kalau dah kata kerajaan atau Parlimen nyatakan perlu ada klausa, silakan. Saya tidak akan bantah, saya tak gentar, kalau tak buat salah apa nak ditakutkan walaupun undang-undang itu sampai ke bulan, bintang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Anugerah 2019, Apresiasi Murid dan Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut di sini hari ini.

Abdul Hamid yang juga alumni sekolah itu bagi sesi 1966 hingga 1970 dan kembali sempena majlis berkenaan selepas hampir 50 tahun meninggalkan sekolah terbabit.

Abdul Hamid (dua dari kanan)dan Abu Kasim (kanan) ketika melawat murid SK Jerantut hari ini.
Abdul Hamid (dua dari kanan)dan Abu Kasim (kanan) ketika melawat murid SK Jerantut hari ini.

Hadir sama, Guru Besar Abu Kasim Abd Rahman dan juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut, Dr Azman Uzir.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau bukan seorang diktator dan menyifatkan ia satu polemik dan kebudak-budakan.

Sementara itu, katanya, permit untuk kempen dari rumah ke rumah atau tinjauan mesra (walkabout) tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak dan arahan permohonan permit bertujuan mengelakkan pertembungan antara penyokong parti bertanding.

"Mereka perlu mengisi borang dengan butiran kempen atas faktor keselamatan. Saya tidak mahu ada sekatan (pada) politik dan kita mahu (ada) demokrasi namun ada pertimbangan keselamatan. Jika berlaku apa-apa nanti, saya tidak mahu lepas tangan.

"Tapi dalam isu ini dua-dua pihak juga marah dan tidak puas hati, baik dari Pakatan Harapan atau Barisan Nasional. Jika kedua-dua pihak tidak mahu, kita boleh tarik semula (arahan itu) bila-bila masa," katanya.

Isu berkenaan tercetus berikutan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hingga menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Abdul Hamid (empat dari kiri), Abu Kasim (lima dari kiri) dan Azman (empat dari kanan) bersama penerima tokoh utama sempena majlis tersebut.
Abdul Hamid (empat dari kiri), Abu Kasim (lima dari kiri) dan Azman (empat dari kanan) bersama penerima tokoh utama sempena majlis tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!