Terminal bas serba lengkap di Kuala Langat
SHAH ALAM - Sebuah terminal bas yang lengkap dengan kemudahan untuk warga Kuala Langat antara agenda utama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas dinaiktaraf semalam.
Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya kini bersedia melaksanakan pembangunan selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai penaiktarafan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kepada MPKL.
Menurutnya, tapak terminal bas sudah dikenal pasti iaitu di sebelah pasar awam di Banting.
"Tapak sudah ada dan kita akan majukan untuk pembinaan dan cari dana daripada beberapa pihak termasuk kementerian dan kerajaan negeri," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!