Bekas Presiden Bolivia kecam pentadbiran Trump

Morales (dua dari kiri) mendapat suaka politik daripada Mexico.
Morales (dua dari kiri) mendapat suaka politik daripada Mexico.
A
A
A

MEXICO CITY - Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales mengutuk pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerana mengiktiraf Jeanine Anez sebagai Presiden sementara negara Amerika Selatan itu.

Anez mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden sementara Boliva selepas Morales meletak jawatan minggu lalu.

Mahkamah Tinggi Bolivia turut menyokong keputusan Anez.

"Rampasan kuasa di Bolivia adalah konspirasi politik dan ekonomi yang dicetuskan AS," kata Morales di Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, penyokong Morales terus bertempur dengan pasukan keselamatan di La Paz.

Polis dilapor melepaskan meriam air bagi menyuraikan perusuh yang bertindak ganas.

Morales Presiden pribumi pertama Bolivia kini mendapat suaka di Mexico.

Beliau dituduh melakukan penipuan besar-besaran semasa Pilihan Raya Presiden bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!