Kecik tinggalkan Kristal

Kecik mengambil keputusan untuk kembali bergerak solo selepas setahun bersama Kristal (Foto : Instagram).
Kecik mengambil keputusan untuk kembali bergerak solo selepas setahun bersama Kristal (Foto : Instagram).
A
A
A
SETELAH setahun bersama Kristal, Kecik, hari ini mengumumkan keluar secara rasmi daripada kumpulan itu dan bergerak solo semula.

Menurut Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin, 25, keputusan ini dibuat secara baik dengan persetujuan semua.

“Faktor utama saya keluar dari Kristal kerana saya merasakan tidak boleh lagi menggalas tanggungjawab sebagai vokal utama untuk Kumpulan Kristal dan tak mahu Kristal jatuh merudum disebabkan saya.

“Mungkin saya masih lagi mencari cari jiwa saya. Saya bukanlah seorang penyanyi rock. Saya potong rambut pun bukan disebabkan nak tunjuk saya give up.

“Cuma saya nak bagitau jiwa saya dah tak ada kat situ. Saya memohon maaf kepada semua ahli-ahli Kristal dan pihak-pihak syarikat yang selama ini banyak membantu saya.

“Insha-ALLAH saya akan aktif semula sebagai penyanyi solo atau berkumpulan selepas ini jika diberi peluang oleh industri muzik yang saya cintai,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Imej terkini Kecik (Foto : Instagram).
Imej terkini Kecik (Foto : Instagram).

Tegas Kecik, hubungannya dengan ahli Kristal yang lain iaitu Rody, Kecik Afifi dan Acap masih baik dan tidak akan sesekali membuang kawan.

“Saya dan Kristal berpisah secara baik, kami tak bergaduh dan masih berkawan. Jangan risau walau apapun terjadi, kawan tetap kawan.

Artikel Berkaitan:

“Jangan buang kawan. Keputusan ini di buat untuk kebaikan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

Tambah Kecik, keputusan untuk meninggalkan Kristal sudah lama difikirkan lantaran dia sendiri tidak mempunyai jiwa sebagai seorang rockers.

Oleh itu, dia tidak mahu terus memaksa dirinya dan memikirkan keluar daripada kumpulan itu sebagai jalan terbaik.

“Sebenarnya saya dah lama nak beritahu bahawa jiwa saya tak masuk dengan Kristal. Saya bukan seorang rockers, saya cuba dan cuba tapi tetap tak dapat.

“Saya tak boleh buat benda yang saya tak cinta.

“Apa pun terima kasih kepada Rody, Acap, Kechiq, Pak Din, Mak Din, Niena, sebab banyak tolong Kecik selama Kecik menjadi penyanyi utama kumpulan Kristal,” jelasnya.

Kecik diumumkan menyertai Kristal pada Oktober 2018 selepas pengunduran bekas vokalis kumpulan itu, Lan Solo pada November 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!