Berita 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun' tersebar
SACRAMENTO - Sila meninggal. Itu antara komen peminat fanatik The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson yang berang dengan penyebaran berita palsu mengenai kematian aktor terkenal Hollywood tersebut.
Aktor bertubuh sasa berusia 47 tahun itu dilaporkan terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.
Berita kematian The Rock kononnya dilaporkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dengan tajuk 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun' dan ia tersebar dengan pantas di alam maya.
Ini bukan kali pertama The Rock dilaporkan meninggal dunia.
Pelakon yang membintangi francais filem The Fast and Furious itu pernah menjadi mangsa berita palsu pada 2011.
Pada 2014, The Rock sekali lagi dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran sebuah filem di New Zealand. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!