Kisah dua budak TVET yang membuka mata masyarakat

No Image Caption
A
A
A

MELIHATKAN gelombang Revolusi Industri (IR) 4.0 sekarang, Merak Jalanan berasakan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu menjadi pilihan utama pelajar.

Jika kita lihat dalam sesebuah organisasi, penjana utama adalah golongan yang memiliki kemahiran.

Tetapi bersediakah kita mengubah persepsi masyarakat yang selama ini beranggapan pelajar kemahiran adalah golongan kelas kedua, bergaji rendah dan bekerja dalam suasana tidak selesa, panas serta berhabuk.

Begitulah gambarannya jika kita bercakap tentang TVET.

Baru-baru ini, Merak Jalanan berjumpa dengan seorang kakitangan kerajaan yang dengan bangga bercerita anaknya mendapat 10A SPM tetapi menyambung pengajian di kolej kemahiran.

Tentu anda hairan macam juga respons Merak Jalanan ketika mendengar ceritanya. Mula-mula rasa hilang akal tetapi bila dengar penjelasannya, Merak Jalanan angkat tangan tabik!

Kisahnya, si anak bercita-cita ingin menjadi doktor perubatan. Tidak mahu tanggung risiko dengan kos pengajian yang tinggi dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan tajaan, beliau menempatkan anaknya di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan.

“Belajar percuma, elaun pun dapat.” Ini katanya yang membuka mata Merak Jalanan.

Artikel Berkaitan:

Kini anaknya menyambung pengajian di Ireland dengan tajaan penuh.

Berlainan pula dengan ikon TVET Muhammad Qamarul Auji Amran dari Kemaman, Terengganu.

Setelah menamatkan kursus kemahiran di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Hulu Terengganu dalam bidang perpaipan dan bekerja selama 11 tahun, kini beliau mempunyai syarikat sendiri yang menawarkan peluang kerja kepada graduan TVET.

Kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat, sudah tiba masanya untuk kita terima hakikat bahawa bidang kemahiran kini lebih diperlukan dan mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!