Bayi perempuan baru lahir menyerupai muncung babi

Rakaman video mengenai bayi dengan ciri unik ini telah tersebar. Ia menunjukkan bayi tersebut tidak mempunyai rahang yang mungkin menyebabkan telinga terbentuk ke bawah yang sepatutnya rahang berada.
Rakaman video mengenai bayi dengan ciri unik ini telah tersebar. Ia menunjukkan bayi tersebut tidak mempunyai rahang yang mungkin menyebabkan telinga terbentuk ke bawah yang sepatutnya rahang berada.
A
A
A

BAKU - Seorang bayi perempuan dilahirkan dengan wajah yang luar biasa yang pastinya menyentuh perasaan apabila melihatnya.

Bayi itu dilahirkan di klinik swasta di Baku, ibu negara Azerbaijan dengan hidung seperti muncung babi, telinga yang terletak di lehernya dan mulut yang hampir tidak kelihatan.

Walaupun mempunyai wajah yang luar biasa, organnya berfungsi dengan baik dan doktor mengatakan bahawa dia adalah bayi yang sihat.

Rakaman video mengenai bayi dengan ciri unik ini telah tersebar. Ia menunjukkan bayi tersebut tidak mempunyai rahang yang mungkin menyebabkan telinga terbentuk ke bawah, yang sepatutnya rahang berada.

Bayi ini dilahirkan di klinik swasta di Baku, ibu negara Azerbaijan dengan hidung seperti muncung babi, telinga yang terletak di leher dan mulut yang hampir tidak kelihatan.
Bayi ini dilahirkan di klinik swasta di Baku, ibu negara Azerbaijan dengan hidung seperti muncung babi, telinga yang terletak di leher dan mulut yang hampir tidak kelihatan.

Ketua Perbidanan dan Sakit Puan Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova berkata, ibu seharusnya dimaklumkan tentang perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilan sama ada untuk meneruskan atau tidak kehamilan dalam situasi ini.

"Disebabkan ia dilahirkan di klinik swasta, kami tidak dapat memeriksa bayi tanpa izin ibu.

"Saya mahupun ketua pakar neonatologi atau ketua pakar kanak-kanak tidak dijemput untuk memeriksa kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan:

"Gagal mengenali kecacatan seperti itu adalah jenayah. Keluarga boleh melaporkan pakar sakit puan mereka dan pakar ultra bunyi," katanya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!