Guru ugut tembak pelajar
WASHINGTON - Seorang guru di Washington, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana mengugut untuk menembak pelajar.
Ketika disoal siasat pihak polis di rumahnya Rabu lalu, Julie Hillend-Jones bertegas dengan ugutan berkenaan menyebabkan dia ditahan.
Bagaimanapun tidak dinyatakan mengapa guru geometri berusia 58 tahun yang bertugas di Sekolah Tinggi Emerald Ridge, Puyallup itu membuat ugutan sedemikian.
Difahamkan seseorang yang mendengar ugutan guru terbabit menghubungi pihak berkuasa pendidikan yang kemudian memberitahu pihak polis.
"Sekiranya pelajar membuat kenyataan seperti itu, mereka akan dipertanggungjawabkan dan sekiranya guru melakukan perkara sama, ia merupakan contoh tidak baik dan mereka juga harus dipertanggungjawabkan," kata Detektif Ed Troyer dari Jabatan Sherif Pierce County sambil menambah guru terbabit ditahan atas pelbagai tuduhan.
Dilaporkan tiada senjata ditemui ketika penahanan dilakukan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!