Dua cedera kereta terjunam dalam longkang
KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang setinggi tiga meter di Jalan Semarak awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, PBK II Ahmad Idris Mohd Yusop berkata, kejadian jam 6.05 itu menyebabkan mangsa yang berusia 30-an patah kaki sementara seorang lagi cedera ringan.
"Satu jentera dengan 10 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Satria terjunam ke dalam longkang berhampiran lampu isyarat di Jalan Semarak.
"Mangsa diselamatkan sebelum dihantar oleh pihak ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!