Jakarta larang guna skuter elektrik
JAKARTA - Pentadbiran Jakarta mengeluarkan larangan penggunaan skuter elektrik di jalan raya utama di bandar itu susulan kematian dua remaja dalam kemalangan awal minggu ini.
Jakarta Post melaporkan, Agensi Pengangkutan Jakarta sedang menyusun peraturan untuk memastikan keselamatan pengguna, kata Ketuanya, Syafrin Liputo.
Perkhidmatan kenderaan itu menerima kritikan selepas dua penggunanya dilanggar kereta berhampiran Kompleks sukan Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta Tengah awal pagi Isnin.
Kemalangan tersebut menyebabkan agensi itu bertemu dengan wakil Grab Indonesia untuk membincangkan operasi e-skuter.
Dalam kejadian itu, dua remaja terkorban dikenali sebagai Wisnu dan Ammar yang masing-masing berusia 18 tahun.
Empat lagi rakan mangsa juga dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!