Kilang kayu musnah terbakar
PERMATANG PAUH - Sebuah kilang kayu di Jalan Bukit Merah di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.13 malam daripada orang awam sebelum tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi terbabit mendapati api sedang marak dan mengakibatkan 80 peratus struktur kilang berkenaan hangus namun tindakan pantas anggota bomba yang turut dibantu pasukan bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran.
"Api marak dan merebak dengan cepat kerana kilang berkenaan menempatkan banyak kayu serta barangan lain.
"Bagaimanapun, semuanya dapat dikawal dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya.
Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!