24 maut dipanah petir di selatan Pakistan

No Image Caption
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan hari ini.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di beberapa daerah di Tharparkar Sindh, empat wanita dan tiga kanak-kanak antara yang maut.

Dua lagi terbunuh di daerah Jacobabad di Sindh sementara seorang lelaki maut di daerah Ghotki.

Mangsa yang cedera dihantar ke beberapa buah hospital majoritinya mengalami lecur yang teruk.

Puluhan haiwan juga mati dalam kejadian ribut petir diikuti dengan hujan lebat itu.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) dalam satu kenyataan pada Khamis petang berkata, hujan dan ribut petir melanda kawasan rendah dan dijangka berlarutan sehingga esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!