Kelazatan aiskrim Magnum baharu
SETIAP gigitan aiskrim Magnum Macadamia Salted Caramel menjanjikan rasa hebat koko, kekacang halus dan masin karamel sempurna dan seimbang.
Justeru,bagi peminat kacang macadamia, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan aiskrim Magnum baharu tersebut yang telah berada di pasaran tempatan.
Direka oleh ahli pakar coklat menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, Magnum Macadamia Salted Caramel menawarkan kenikmatan unggul dengan rasa aiskrim karamel masin (salted) yang menggiurkan.
Apatah lagi dicelup dalam coklat susu Belgian, macadamia dari Autsralia pula dipanggang rangup.
Pengarah Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, Magnum yang merupakan peneraju bahan-bahan berkualiti tinggi dan aiskrim premium sentiasa komited dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pencinta aiskrim.
"Aiskrim Magnum baharu ini, disahkan oleh Rainforest Alliance yang direka khusus berasaskan bahan-bahan seperti coklat Belgian dari Belgium dan kekacang Australia.
"Pastinya, ia menjanjikan pengalaman unggul kepada orang ramai yang sentiasa mencari kenikmatan aiskrim sebenar," katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!