Aksi Aidil Zafuan 'rolling tackle' tular seluruh dunia
SHAH ALAM - Kemenangan Malaysia menewaskan Thailand dengan jaringan gol 2-1 pada perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mendapat pujian ramai rakyat Malaysia.
Kemenangan Harimau Malaya telah memecah rekod skuad Gajah Perang yang mengungguli Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah dan berada pada kedudukan ke-109 ranking dunia berbanding Malaysia di ranking ke-158.
Semangat juang Harimau Malaya tetap tinggi walaupun sebelum itu ketinggalan 1-0 di belakang.
Bagaimanapun, ramai yang memuji aksi ‘the rolling tackle’ yang dilakukan oleh kapten pasukan Malaysia, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sehingga tular di seluruh dunia.
Perkongsian video yang dimuat naik oleh @Troll_Football meraih sejuta tontonan dan rata-rata netizen dari Malaysia dilihat mula membanjiri ruangan komen.
"Aku macam tak percaya aksi kapten Malaysia masuk @Troll_Football, bukan calang-calang atau aksi cap ayam boleh masuk sini walaupun hanya troll perkara bola sepak. Syabas Malaysia kerana berjaya menewaskan Thailand," tulis @Abammi di Twitter.
LiaDIn12 pula berkata "Peh, masuk @Troll_Football, memang terbaik pasukan Harimau Malaya malam tadi, memang layan kot cara dia tackle sampai boleh dapat bola, teruskan aksi begini wahai pasukan Malaysia,".
The rolling tackle pic.twitter.com/zcyKL6LfS6
— Troll Football Media (@Troll__Footbal) November 14, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!