Cuaca mendung, ribut petir di Tanjung Piai esok
SHAH ALAM - Cuaca pada hari Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok diramal mendung pada sebelah pagi manakala ribut petir pada sebelah petang.
Ramalan cuaca itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan pihaknya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku bencana.
Mengikut rekod banjir akibat air pasang besar berlaku di Kukup dan Tanjung Piai pada musim tengkujuh pada akhir tahun bermula November.
Seramai 52,471 pengundi bakal mengundi di PRK Parlimen Tanjung Piai esok.
Sebanyak 27 Pusat Mengundi dan 125 saluran akan dibuka membabitkan 1,019 petugas.
PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!