[VIDEO] Kantoi curi ais krim tengah 'live'
RALEIGH - Seorang pemuda kantoi mencuri ais krim milik rakannya ketika siaran langsung di televisyen Fox Sports melaporkan kemenangan perlawanan hoki ais.
Aksi mereka berdua yang berada di belakang pengacara dapat ditonton peminat yang sedang menonton keputusan kemenangan Carolina Hurricanes yang mengalahkan Ottawa Senators dengan kesudahan 8-2 pada perlawanan itu.
Netizen menggelarkan pemuda itu sebagai 'si pencuri ais krim' selepas video berdurasi 15 saat itu tular di laman sosial dan kini meraih lebih 3.57 juta tontonan sejak dimuat naik di Twitter @bairington44 Selasa lalu.
Pencuri yang dikenali sebagai Weston Davis mencuri ais krim milik Joe Campen ketika lelaki itu sedang berbual dengan rakannya dan pada masa sama memegang ais krim di tangan kirinya.
Davis secara senyap-senyap mencuri ais krim milik Campen dengan harapan aksinya tidak diketahui umum.
Dia dikatakan cuba mengembalikan semula air krim itu namun Campen menyedari ais krimnya hilang sehingga Davis terpaksa beredar dari kumpulan penyokong tersebut.
Kata Davis, dia berkawan rapat dengan Campen sejak di bangku sekolah lagi dan hadir bersama bagi menonton perlawanan hoki ais di Raleigh, North Carolina.
Menurutnya, perbuatan spontan itu hanyalah sekadar gurauan sahaja dan tidak menyangka dirinya kini popular di seluruh dunia.
Menurut Campen, dia pada awalnya terasa seseorang sedang mengganggunya kerana ais krimnya hilang sekelip mata.
"Apabila menoleh ke kiri dan kanan, saya tidak perasan siapa yang ambil hinggalah rakan menunjukkan video ini dan pastinya saya kenal si pencuri ais krim perisa vanila itu.
"Kami tergelak apabila aksi itu dirakam oleh kamera dan ia sangat lucu!" katanya kepada news.com.
Dalam pada itu, Davis juga telah menggantikan ais krim Campen sebelum memuat naik gambar mereka di Twitter peribadinya.
LINK VIDEO
Whoever stole my ice cream, ya moms a hoe pic.twitter.com/nscAoQ9T4W
— Joe (@CampenJoe) November 12, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!