Harga runcit RON97 naik 13 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 meningkat 13 sen seliter kepada RM2.70 seliter manakala RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 16 hingga 22 November berdasarkan penetapan harga runcit secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurutnya, berdasarkan pengiraan formula tersebut, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 dan RM2.25 seliter," katanya.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.27 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.28 seliter," katanya.

Harga runcit bagi RON 95 dan diesel dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Tambahnya, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh itu berjumlah RM120.58 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!