Israel lancar semula serangan udara di Semenanjung Gaza
GAZA - Pesawat tempur Israel meneruskan semula serangan udara hari ini yang mensasarkan fasiliti milik Jihad Islam Palestin (PIJ) sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan terhadap rejim zionis.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu Xinhua, pesawat Israel menyerang pusat latihan milik Briged al-Quds di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, tiada kecederaan dilaporkan.
Jurucakap tentera Israel berkata dalam satu kenyataan, tentera udara mensasarkan kubu PIJ.
Pada petang semalam, pejuang Palestin melancarkan beberapa roket ke arah selatan Israel.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!