Pelancong maut ketika swafoto di pulau Thailand

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Seorang pelancong Perancis maut selepas terjatuh dari air terjun ketika cuba mengambil swafoto di pulau Koh Samui kelmarin.

Polis pelancong Leftenan Phuvadol Viriyavarangkul berkata, mangsa berusia 33 tahun tergelincir dari air terjun Na Mueang 2, tempat sama di mana pelancong Sepanyol meninggal dunia dalam kemalangan sama Julai lalu.

"Ia mengambil masa selama beberapa jam untuk mendapatkan mayatnya berikutan keadaan air terjun yang licin dan curam. Tempat tersebut telah ditutup dan tanda amaran juga telah diletakkan," katanya.

Sebahagian besar Thailand dianggap sebagai destinasi selamat bagi pelancong dan menarik lebih 35 juta pelawat setiap tahun. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!