Lelaki maut terkena renjatan elektrik telefon bimbit

Somchai, kali terakhir dilihat pada malam Selasa, sedang berbaring atas tilam dalam biliknya sambil menonton perlawanan bola di telefon bimbitnya dengan memasang fon telinga.
Somchai, kali terakhir dilihat pada malam Selasa, sedang berbaring atas tilam dalam biliknya sambil menonton perlawanan bola di telefon bimbitnya dengan memasang fon telinga.
A
A
A

SAMUT PRAKAN - Seorang tukang masak maut dipercayai terkena renjatan elektrik melalui telefon bimbitnya dalam kejadian di Samut Prakan, Thailand.

Somchai Singkhorn, 40, kali terakhir dilihat pada malam Selasa, sedang berbaring atas tilam dalam biliknya sambil menonton perlawanan bola di telefon bimbitnya dengan memasang fon telinga.

Namun, dia ditemui mati keesokan harinya dengan kesan terbakar pada lengan dan lehernya.

Menurut rakan sebiliknya, Saeng, dia cuba memanggil Somchai beberapa kali, bagi memaklumkan salah seorang rakannya sakit, namun panggilannya tiada maklum balas.

Kemudian, barulah dia menyedari bahawa Somchai telah mati dan terus memaklumkan majikannya, Wiroj Poolsawatmongkol, 51, berkenaan apa yang berlaku.

Katanya, adalah perkara biasa melihat Somchai mendengar muzik atau menonton bola sepak di telefonnya sebelum dia tidur.

Polis kemudian tiba untuk siasatan dan menemui tin bir dan Coca Cola di kaki mangsa.

Mayatnya telah dibawa untuk ke Hospital Siriraj untuk proses bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Kolonel polis, Warawach Thammasarot, pemeriksaan awal mengesyaki mangsa terkena renjatan elektrik.

"Tetapi kami perlu menyemak segala-galanya dan menunggu hasil bedah siasat sebelum mengesahkan punca kematian yang sebenar," katanya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!