Kemboja larang tunggang gajah di Angkor

Tunggangan gajah di Angkor akan tamat awal tahun depan. -Foto AFP
Tunggangan gajah di Angkor akan tamat awal tahun depan. -Foto AFP
A
A
A

PHNOM PENH - Kemboja akan mengharamkan semua tunggangan gajah di kompleks kuil terkenal Angkor menjelang awal tahun depan.

Keputusan itu dilihat sebagai kemenangan luar biasa buat penyokong pemuliharaan yang telah lama mendakwa amalan popular tersebut sebagai kejam.

Jurucakap pihak berkuasa yang menguruskan Taman Arkeologi Angkor (Apsara), Long Kosal berkata, menggunakan gajah untuk perniagaan sudah tidak sesuai.

"Beberapa ekor gajah telah tua. Ia semua akan menjalani kehidupan semula jadi di hutan. Bagaimanapun syarikat yang memiliki haiwan berkenaan akan terus menjaga mereka," katanya.

Setakat ini, lima daripada 14 gajah telah dipindahkan ke hutan komuniti yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kuil.

Kumpulan hak asasi haiwan telah lama mengecam Kemboja kerana menawarkan tunggangan gajah untuk pelancong dan amalan itu juga dilakukan di negara jiran Thailand, Vietnam dan Laos. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!