Jakoa jawab Najib isu bajet untuk Orang Asli

Paparan skrin kenyataan dibuat Najib di laman Facebooknya, hari ini.
Paparan skrin kenyataan dibuat Najib di laman Facebooknya, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tiada peruntukan bagi Orang Asli dalam Belanjawan 2019.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin berkata, dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan PH telah mengumumkan peruntukan sebanyak

RM100 juta untuk pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Katanya, kerajaan akan memberi fokus utama terhadap pembinaan dan naik taraf jalan perhubungan yang akan memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli dalam urusan harian mereka.

"Secara tidak langsung, jalan perhubungan ini akan meningkatkan pembangunan sosio ekonomi masyarakat Orang Asli terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan melalui Jakoa juga akan memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpinggir dari arus pembangunan negara.

"Ini dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi latihan kemahiran kepada masyarakat Orang Asli bersesuaian dengan permintaan pasaran supaya tahap kehidupan mereka dapat dipertingkatkan.

"Latihan dalam bidang keusahawanan juga disediakan dan ditambah baik supaya lebih ramai Orang Asli menjadi usahawan berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau lagi, Jakoa sedang membuat perancangan agar usaha dirangka berjaya direalisasikan dengan jumlah peruntukan disediakan.

"Jakoa yang kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri mengambil langkah proaktif dan akan berbincang dengan semua pihak bagi

memastikan keperluan masyarakat Orang Asli dipenuhi," katanya.

Hari ini, Najib berkata, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa kerajaan BN sebelum ini tidak banyak membantu masyarakat Orang Asli adalah tuduhan tidak benar.

Sebaliknya, dakwa beliau, PH yang tidak memberi peruntukan untuk masyarakat Orang Asli bagi 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!