Bayi 18 bulan mati kelaparan

Sheila dan Ryan O'Leary didakwa melakukan pembunuhan selepas anak lelakinya berusia 18 bulan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.
Sheila dan Ryan O'Leary didakwa melakukan pembunuhan selepas anak lelakinya berusia 18 bulan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.
A
A
A

FLORIDA - Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah- buahan dan sayur-sayuran.

Berat kanak-kanak itu dilaporkan hanya 7 kilogram, purata berat bayi berusia tujuh bulan.

Ibu bapa bayi itu, Ryan O'Leary, 30, dan Sheila O'Leary, 35, ditahan minggu lepas di Cape Coral, Florida selepas kematian bayi tersebut pada 27 September.

Polis Cape Coral dalam satu kenyataan berkata, bedah siasat mendapati bayi itu mati selepas mengalami komplikasi yang berkaitan dengan kekurangan zat makanan, termasuk dehidrasi, mikrosteatosis hati dan pembengkakan tangan dan kaki.

Sheila O'Leary memberitahu polis bahawa keluarganya adalah 'vegetarian' dan hanya memakan buah mentah dan sayur-sayuran.

Pada hari kejadian, dia memaklumkan hanya menyusukan anaknya tanpa memberikan makanan pejal selama seminggu.

Dia memberitahu, ketika sedang menyusukan anaknya, pernafasan kanak-kanak itu menjadi laju tetapi dia tidak memanggil sesiapa untuk bantuan.

Dia kemudian tidur bersama suaminya.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendapati kanak-kanak itu sejuk dan tidak bernafas. dia menghubungi talian kecemasan 911.

Ryan O'Leary cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, tetapi tidak berjaya.

Menurut laporan News- Press, pasangan itu mempunyai dua anak yang lain berusia tiga dan lima tahun, yang kelihatan pucat dan kekuningan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!