Filipina catat kes pertama penyakit berkaitan vape

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MANILA - Filipina hari ini melaporkan kes pertama penyakit berkaitan rokok elektronik atau vape di negara itu.

Menurut jabatan kesihatan, remaja perempuan berusia 16 tahun itu menggunakan vape sejak enam bulan lalu dan dimasukkan ke hospital bulan lalu akibat sesak nafas serta sakit berkaitan paru-paru.

"Semua pengguna vape harus mendapatkan bantuan segera dan meminta nasihat doktor bagaimana cara untuk berhenti daripada terus menggunakan peranti berbahaya ini," kata Setiausaha Kesihatan, Enrique Domingo dalam satu kenyataan.

Difahamkan, remaja terbabit dirawat oleh pakar pulmonologi pediatrik dan dibenarkan keluar hospital.

Kebimbangan tentang kesan bahaya vape mula menjadi perhatian selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran peranti itu berbahaya dan harus tertakluk kepada peraturan.

Selain penggunaan rokok elektronik, kira-kira empat daripada 10 lelaki Filipina dan hampir enam peratus wanita adalah pengguna tembakau. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!