Ragbi Piala Agong: Kelantan diingatkan jangan pandang rendah cabaran Kedah
PENGENDALI Kelantan, Hafiz Mat Nor mahu barisan pemain negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengekalkan tahap disiplin tinggi dan fokus menjelang aksi menentang Kedah pada saingan suku akhir saingan Ragbi Piala Agong di Padang A Universiti Putra Malaysia (UPM), petang esok.
Menurutnya, tempoh rehat sebulan sebelum ini dimanfaatkan sepenuhnya barisan pemain-pemainnya bagi memantapkan taktikal berdepan lawan dari utara berkenaan.
"Hampir sebulan rehat memang banyak kelebihan untuk pemain recover dari injury. Masa digunakan sepenuhnya untuk check balik kelemahan pasukan dan baiki sebaiknya. Keseluruhan tempoh rest itu memang sangat sangat baik diimplement pada saingan tahun ini
"Level confidence dalam kalangan pemain-pemain Kelantan juga berada pada tahap terbaik kerana kami pernah berdepan Kedah pada peringkat kumpulan sebelum ini.
"Bagaimana pun ingin saya ingatkan kepada pemain-pemain Kelantan supaya tidak memandang mudah keupayaan kerana Kedah pada peringkat suku akhir pastinya berbeza di peringkat grouping. Mereka (Kedah) tentunya akan tampil dengan keazaman tinggi beraksi all out untuk mencipta kejutan," katanya.
Mengulas mengenai tahap kecergasan pemain-pemain Kelantan, Hafiz mengakui beberapa pemain-pemainnya masih dibelenggu kecederaan, namun tetap optimis beliau mempunyai barisan pemain yang mampu mengalas tugas sebagai pemain gantian.
Ragbi Piala Agong
Suku Akhir
16 November (Sabtu)
Kelantan lwn Kedah
(Padang A UPM, 2 ptg)
Sabah lwn PDRM
(Padang A UPM, 4 ptg)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!