Karmaine antara terawal mengundi

Karmaine selesai membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Kerang hari ini.
Karmaine selesai membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Kerang hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini menjadi antara terawal mengundi pada hari pengundian yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, calon berusia 66 tahun itu dilihat tiba di pekarangan Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kerang di sini kira-kira jam 7.43 pagi sambil ditemani anak lelakinya.

Beliau kemudiannya sempat beramah mesra dengan pengundi ketika berada di zon menunggu pusat mengundi sekolah berkenaan sebelum selesai membuang undi kira-kira jam 8.04 pagi.

“Semua baik, cuma ada rasa berdebar juga, apa pun terima kasih kepada yang memberi sokongan,” kata Karmaine ketika ditemui pemberita sebaik selesai mengundi di sini hari ini.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon PH, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramanian (Gerakan) dan Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa).

Turut bertanding dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PH pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!