Beli coklat dapat ulat sekali

Ulat putih yang kelihatan dalam coklat itu.
Ulat putih yang kelihatan dalam coklat itu.
A
A
A

SEREMBAN - Hasrat dua beradik untuk menikmati coklat terbantut apabila makanan ringan yang dibeli bapanya mengandungi ulat dan agas.

Bapanya, Mohd Hair Adnan Kadir, 36, berkata, dia membeli coklat yang sedang membuat promosi beli satu, percuma satu di sebuah pasar raya di Senawang semalam.

Menurutnya, ketika pulang ke rumah, dua anaknya membuka bungkusan coklat itu dan terus memakannya.

"Tidak lama selepas itu anak saya meludah semula coklat berkenaan dan berkata rasanya seperti kayu.

"Saya terus ambil bungkusan coklat itu dan membukanya, jelas kelihatan coklat itu penuh ulat putih yang masih hidup dan beberapa agas dalam setiap peket coklat tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hair berkata, coklat itu belum melepasi tarikh luput dan jelas tertera di bungkusan tarikh luputnya adalah pada 1 Januari 2020.

Coklat yang dibeli belum melepasi tarikh luput dan jelas tertera di bungkusan tarikh luputnya adalah pada 1 Januari 2020.
Coklat yang dibeli belum melepasi tarikh luput dan jelas tertera di bungkusan tarikh luputnya adalah pada 1 Januari 2020.

Katanya, dia kemudiannya kembali ke pasar raya tersebut untuk memaklumkan mengenai coklat itu.

Artikel Berkaitan:

"Pada mulanya kehadiran kami di pasar raya itu tidak dilayan, pekerja di bahagian khidmat pelanggan hanya meminta kami mengambil yang baru atau dipulangkan kembali wang.

"Namun setelah saya mendesak, pengurus pasar raya itu keluar dan memaklumkan bahawa coklat yang dikeluarkan oleh kilang tersebut pernah beberapa kali mengalami kes sama sebelum dia meminta maaf dan memulangkan duit saya semula," katanya.

Dia berkata, ini adalah kejadian pertama yang dialaminya sekeluarga.

"Saya harap kesihatan anak bongsu saya yang berusia 3 tahun tidak terjejas kerana dia sudah makan coklat itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!