‘Ucap ALLAH wahai anakku’

Tangkapan layar video yang menunjukkan seorang ayah berulang kali suruh anaknya menyebut nama ALLAH bagi memastikan dia sedar selepas kediaman mereka dibom.
Tangkapan layar video yang menunjukkan seorang ayah berulang kali suruh anaknya menyebut nama ALLAH bagi memastikan dia sedar selepas kediaman mereka dibom.
A
A
A

IDLIB – Video yang memaparkan seorang bapa berulang kali cuba bercakap dengan anaknya bagi memastikan insan yang disayangi itu sentiasa sedar selepas kediaman mereka dibom yang berlaku di Idlib, Syria meruntun hati warganet.

Perkongsian video di Instagram oleh sukarelawan dari Aceh, M Rizki Fauzi, itu menunjukkan bapanya tidak berhenti meminta anaknya menyebut nama ALLAH ketika dalam perjalanan ke hospital.

M Rizki turut memuat naik posting memberitahu, “Seorang ayah berusaha tetap berbicara kepada anaknya sebelum sampai ke rumah sakit. Bom menghantam rumahnya kemudian sang anak tak sadarkan diri.

“Dalam perjalanan ayahnya coba berucap 'ALLAH' kepada sang anak, kemudian anak tersebut dengan tertatih2 menjawabnya 'Allah'. Semoga anak ini bisa menyelamatkan orang tuanya kelak.

Video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial dan kini meraih 15,431 tontonan.

Rata-rata netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga tersebut serta mendoakan anak itu selamat.

nonieshah_menulis, "ALLAHU, semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati apa yang mereka lakukan."

“ALLAH, kuatnya wahai ayah dan anak ini yang sentiasa mengingati ALLAH, semoga ALLAH sentiasa melindungi mereka dan diberikan kekuatan untuk mereka hadapi untuk berperang di jalanMu,” kata Rabi Nani di Instagram.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang bersimpati atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut serta mereka mendoakan agar anat tersebut selamat.
Antara reaksi netizen yang bersimpati atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut serta mereka mendoakan agar anat tersebut selamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!