GP Terjun FINA: Jellson, Nazirul bangkit menebus pingat

Jellson (kanan) dan Nazirul menunjukkan pingat perak yang dimenangi mereka menerusi acara 10 meter platform lelaki sempena GP FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Jellson (kanan) dan Nazirul menunjukkan pingat perak yang dimenangi mereka menerusi acara 10 meter platform lelaki sempena GP FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
A
A
A

JELLSON Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya bangkit menebus maruah skuad penerjun negara dengan meraih pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama lelaki pada saingan Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA di sini, hari ini.

Pada kejohanan yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, gandingan berkenaan mengumpulkan 365.10 mata selepas menunjukkan persembahan yang baik dalam setiap terjunan hingga pusingan terakhir.

Rekod ini berbeza dengan kedudukan mereka pada edisi sama di Wuhan, China tahun lalu, apabila sekadar meraih tempat ketujuh daripada 11 peserta.

Gandingan penerjun China, Duan Yu-Wang Zewei memenangi pingat emas selepas mengumpulkan 404.37 mata, manakala pingat gangsa dimenangi pasangan Reo-Nishida-Shunta Kaneko dengan 344.40 mata.

Turut dipertandingkan hari ini acara akhir 3m papan anjal wanita, 3m papan anjal seirama lelaki dan 10 meter platform seirama campuran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!