Zionis serang tapak Hamas di Gaza
GENTING GAZA - Rejim Zionis hari ini melancarkan serangan udara baharu yang menyasarkan pergerakan Hamas di Gaza dua hari selepas gencatan senjata berkuat kuasa di wilayah itu.
Menurut sumber keselamatan Palestin, dua lokasi Hamas di utara wilayah Gaza yang menempatkan kira-kira dua juta rakyat Palestin yang hidup dalam kepungan oleh Israel dan Mesir sejak lebih 10 tahun lalu menjadi sasaran utama serangan kali ini.
"Antara tapak disasarkan adalah kem tentera Hamas dan kawasan ketenteraan yang digunakan pasukan tentera laut gerakan itu.
"Infrastruktur bawah tanah turut jadi sasaran," menurut sumber dalam satu kenyataan.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan ke atas Hamas dibuat susulan pelancaran dua roket dari Gaza ke Tel Aviv yang berjaya dipintas pertahanan udara. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!