Terima kasih! - Jeck Seng
PONTIAN - "Terima kasih."
Itu reaksi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng setelah diisytiharkan menang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, malam tadi.
Jeck Seng berkata, kemenangan berkenaan menjadikannya lebih bersemangat untuk.membantu rakyat di Tanjung Piai.
Menurutnya, biarpun berstatus pembangkang, dia akan tetap meneruskan komitmen demi membela nasib rakyat.
"Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus selama ini.
"Kemenangan ini bukan bermakna saya kuat, tetapi BN yang kuat," katanya pada sidang media di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.
Sementara itu Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Seong berkata, kemenangan Jeck Seng membawa mesej jelas daripada rakyat kepada kerajaan PH untuk mengotakan janji.
Katanya, kemenangan itu juga dapat membantu mengekalkan semangat musyawarah dan Muafakat Nasional.
"Hasrat kita untuk pastikan calon BN menang tanpa mengira parti kerana agenda kita hanya satu iaitu membantu rakyat.
"Kemenangan itu juga membuatkan saya ada teman untuk bersarapan dan makan tengahari (di Parlimen)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!