Kanak-kanak hilang lapan ahli keluarga akibat dibom Israel

Tangakapan layar video yang memaparkan seorang wartawan menemu ramah kanak-kanak yang terselamat selepas rumahnya dibom yang menyebabkan lapan ahli keluarganya maut dalam kejadian tersebut
Tangakapan layar video yang memaparkan seorang wartawan menemu ramah kanak-kanak yang terselamat selepas rumahnya dibom yang menyebabkan lapan ahli keluarganya maut dalam kejadian tersebut
A
A
A

GAZA – Video seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang terselamat dalam pertempuran di Gaza menerima pelbagai reaksi daripada netizen di seluruh dunia.

Video yang dimuat naik oleh Eye On Palestine di Instagramnya memaparkan media antarabangsa melakukan temuramah bersama seorang kanak-kanak yang terselamat tetapi lapan ahli keluarganya maut.

Keluarga kanak-kanak malang itu dipercayai menjadi mangsa serangan tentera Israel di rumah mereka ketika sedang tidur namun tentera Israel menafikan serangan tersebut melalui ciapan di video itu.

Perkongsian oleh Eye On Malaysia di Instagram kini tular di media sosial yang kini meraih 5,329 tontonan
Perkongsian oleh Eye On Malaysia di Instagram kini tular di media sosial yang kini meraih 5,329 tontonan

“Tentera Israel berkata, kami ingatkan rumah tersebut dalam keadaan kosong dan tidak berpenghuni.

“Saya masa itu sedang tidur ketika rumah saya dibom. Saya bangun dalam keadaan takut apabila sekeliling berubah menjadi merah dan saya tidak boleh nampak apa-apa.

“Saya cuba melarikan diri tetapi kaki saya terperangkap di bawah runtuhan. Saya mula menjerit tetapi tidak ada yang mendengar. Semua ahli keluarga saya berada di bawah runtuhan.

“Diyaa Rasmi al-Sawarka, 11 tahun memberitahu saya bagaimana rumahnya dibom dan membunuh lapan orang ahli keluarganya,” tulisnya di Instagram

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 2 minit 10 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 5,329 tontonan.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh tentera Israel.

Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan yang telah dilakukan oleh tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan.
Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan yang telah dilakukan oleh tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Abdullah Saad menulis, “Ya ALLAH, kau berilah pelindungan kepada kanak-kanak ini dan seluruh rakyat di GAZA. Kau kuatlah iman dan ketabahan hati mereka dalam memerangi tentera Israel yang mahu merampas tanah mereka.

“Kesian tengok kanak-kanak tersebut, ALLAH, macamanalah perasaan dia bangun-bangun tidur rumahnya dah hancur dan seluruh ahli keluarganya telah meninggal dunia dalam runtuhan akibat dibom oleh tentera Israel,” kata Imani Leha di Instagram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!