Derma darah dalam bas
ARAU - Unit Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menyediakan kemudahan menderma darah dalam bas di tapak Festival Konvokesyen (Festkon) Ke-14 Univerisiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ini.
Pengarah projek, Nazifa Nordin berkata, sesi derma darah tersebut dilakukan dalam bas bagi memberi keselesaan kepada penderma.
"Cuaca di luar yang panas terik dibimbangi tidak memberi keselesaan kepada mereka, jadi dengan melakukan di dalam bas, ia agak sedikit selesa kerana terdapat pendingin hawa," katanya ketika ditemui hari ini.
Bagaimanapun katanya, penderma perlu menunggu giliran kerana ruang yang disediakan sangat terhad, namun kekangan itu tidak menjadi masalah kerana sambutan ditunjukkan sangat menggalakkan.
Nazifa berkata, orang ramai yang ingin menderma darah boleh hadir ke kaunter untuk mendaftarkan diri yang dibuka sehingga 19 November ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!