Zulkefly gagal pertahan jawatan Pengerusi Amanah NS

Zulkefly Mohamad
Zulkefly Mohamad
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar gagal mempertahankan jawatan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan bagi penggal 2019-2022.

Jawatan itu kini disandang oleh Timbalan Ketua Amanah Seremban, MK Ibrahim Abd Rahman yang sebelum ini adalah Naib Pengerusi 3.

Zulkefly sebelum ini tewas dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah kawasan Seremban pada Mesyuarat Tahunan Kawasan Seremban berikutan namanya tidak tercalon dalam senarai 15 AJK utama bagi kawasan itu, bagaimanapun dipilih sebagai Naib Pengerusi 2.

Muhamad Zaki Md Sabri pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi menggantikan Exco Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani yang kini dipilih sebagai AJK.

Sementara itu Bendahari yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Bakri Sawir sebagai Naib Pengerusi 1 menggantikan Mustafar Ab Kadir.

Mustafar bagaimana pun tidak terpilih bagi penggal baharu ini manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Suhaimi Ahmad iaitu Ketua Amanah Seremban dipilih menganggotai barisan AJK.

Pemilihan dilakukan seramai 106 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen termasuk dari sayap wanita dan pemuda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!