Armada Bersatu beri amaran, PH tak kekal lama jika singkir Tun M

Dari kiri: Muzzammil dan Tun Dr Mahathir
Dari kiri: Muzzammil dan Tun Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu memberi amaran PH tidak akan kekal lama jika masih ada 'api dalam sekam' atau suruhan pihak tertentu dalam parti itu yang memberi tekanan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar melepaskan jawatan.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Muzzammil Ismail berkata, sikap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Syed Husin Ali dan penulis buku 'Anwar PM ke-8', Shahbudin Husin dilihat telah memperok-perandakan lagi Pakatan Harapan (PH).

Katanya, individu terbabit bukan sahaja tidak membantu kempen (Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai) bahkan dengan sengaja menunggu kekalahan tersebut sambil ketawa besar.

"Kita kalah bukan kerana BN kuat tetapi masalah fundamental dalaman dalam kalangan parti PH.

"Sebenarnya kekalahan ini merupakan rahmat dalam kegagalan. Lebih banyak isu yang menekan Tun Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan, isyaratnya adalah lebih tinggi risiko PH akan kalah.

"Besar kemungkinan akan berlakunya penggabungan blok kuasa politik lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Husin melalui kenyataan di Twitter semalam berkata, keputusan PRK Tanjung Piai jelas menunjukkan referendum rakyat terhadap PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir.

Shahbudin di Facebook pula mendakwa Tun Mahathir akan membuatkan sokongan rakyat terhadap PH terus merosot sekiranya lebih lama pemimpin itu memegang jawatan Perdana Menteri.

Muzzammil berkata, masyarakat di Tanjung Piai menggambarkan bukan isu dasar atau polisi yang mahu didengari mereka.

Menurutnya, pokok pangkal politik hari ini, masyarakat di situ tidak kenal menteri tetapi mendengar dan membaca isu sebenar yang dimainkan di luar.

Artikel Berkaitan:

"Isu pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat liputan meluas media juga tidak menyumbang persepsi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).

"Dahulu orang undi untuk turunkan Najib dan faktor gantikan dengan Tun Mahathir. Hari ini rakyat merasakan Tun akan melepaskan jawatannya. Jadi buat apa undi PH lagi.

"Jika ingin mengatur dan menyusun semula kuasa politik orang Melayu merentasi ideologi, sebahagian besar pemimpin Melayu daripada Bersatu, UMNO dan Pas termasuk Amanah perlu menganalisa kembali hala tuju mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat kecewa punca PH kecundang di Tanjung Piai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!