Ruang tak cukup luas untuk jejantas

Steven (dua, kanan) Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, D Thalapathi mendengar aduan yang dibangkitkan penduduk mengenai isu jejantas di Taman Rajawali.
Steven (dua, kanan) Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, D Thalapathi mendengar aduan yang dibangkitkan penduduk mengenai isu jejantas di Taman Rajawali.
A
A
A

BUKIT ROTAN – Kekangan tanah dan isu kos didakwa menjadikan permohonan jejantas yang dipanjangkan penduduk Taman Rajawali sehingga kini masih belum dapat direalisasikan.

Pegawai Kerja Ahli Parlimen Kuala Selangor, A Steven berkata, pihaknya turut menerima aduan penduduk berhubung permohonan jejantas bagi menjamin keselamatan anak penduduk untuk ke sekolah di kawasan itu.

“Penduduk mengadu mereka perlukan jejantas untuk kenderaan seperti motosikal atau basikal dapat dibina selain penjalan kaki sebagai kemudahan ke sekolah dan difahamkan, isu bertambah buruk apabila laluan untuk melintas ke taman perumahan itu dalam projek pelebaran dan menaiktarafkan jalan utama.

“Pihak Pejabat Ahli Parlimen bersama Adun terlibat sudah pun menerima taklimat mengenai projek ini namun kemudahan jejantas tidak dapat dibina atas alasan kos dan kekangan ruang. Jadi, saya akan panjangkan isu ini kepada pihak berkenaan supaya ada tindakan jangka pendek bagi,” katanya yang hadir bersama Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, D Thalapathi.

Pengurus Projek Pelebaran dan Menaiktarafkan Jalan FT 54, Abdul Rahim Abdul Malek berkata, pihaknya akan mempercepatkan kerja pelebaran jalan di kawasan berhampiran.

“Kita akan bantu cepatkan untuk kerja pelebaran bahu jalan di kawasan keluar masuk sekolah terbabit sehingga ke hentian bas supaya ada laluan untuk anak penduduk.

“Bagaimanapun bagi projek ini, memang tiada jejantas akan dibina di kawasan terbabit tapi kita bantu cepatkan kerja di kawasan yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!