Juan Guaido mahu Venezuela jadi seperti Bolivia

Guaido (tengah) ketika berucap di hadapan para penyokongnya di Caracas semalam.
Guaido (tengah) ketika berucap di hadapan para penyokongnya di Caracas semalam.
A
A
A

CARACAS - Ribuan penyokong pemimpin pembangkang, Juan Guaido membanjiri Caracas, semalam bagi menuntut pengunduran Presiden Nicolas Maduro.

Guaido dikatakan mahu mengambil peluang daripada keadaan di Bolivia yang menyaksikan bekas Presiden, Evo Morales meletak jawatan untuk memberi tekanan baharu kepada musuh politiknya.

Kumpulan protes itu turut mengibarkan bendera kebangsaan dan melaungkan slogan ‘Maduro berundur’ dan ‘Ikut contoh Bolivia’ ketika siri demonstrasi terbaharu itu.

“Kita tidak akan berganjak. Kita sudah lakukan ini selama beberapa tahun. Bolivia hanya ambil masa 18 hari untuk menggulingkan pemimpin mereka.

"Saya gesa seluruh rakyat Venezuela untuk terus adakan protes sehingga capai matlamat,” kata Guaido, 36, yang diiktiraf sebagai pemangku presiden oleh kira-kira 50 negara termasuk Amerika Syarikat.

Difahamkan, jumlah peserta protes yang menyertai perhimpunan itu adalah jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, perhimpunan itu adalah yang terbesar sejak Mei lalu selepas revolusi untuk menggulingkan Maduro gagal dilaksanakan.

Di Bolivia, empat lagi kematian dilaporkan dalam protes di negara itu sekali gus menjadikan angka korban kini mencecah 23 orang. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!