Pelajar cemerlang maut jatuh bangunan

Pelajar semester satu pengajian perubatan sebuah pusat pengajian tinggi dilaporkan terjatuh tingkat empat.
Pelajar semester satu pengajian perubatan sebuah pusat pengajian tinggi dilaporkan terjatuh tingkat empat.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Hasrat seorang bapa untuk menghadiahkan rantai kepada anak sulungnya tidak kesampaian setelah remaja 19 tahun itu dilaporkan terjatuh tingkat empat di sebuah pusat pengajian tinggi, petang tadi.

Mangsa merupakan pelajar cemerlang dari Pulau Pinang, baharu sahaja tamat kursus pengajian asas di pusat pengajian sama dengan agregat 3.85 dan sedang mengikuti semester pertama pengajian perubatan sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, bapa mangsa ada menghubungi anak sulung dari dua beradik itu kira-kira jam 2.30 petang tadi dan memberitahu cadangan untuk menziarahinya, dalam masa sama ingin menghadiahkan rantai yang dibeli seminggu lalu.

Menurutnya, menerusi panggilan sama, mangsa meminta bapanya untuk membawa bersama tiga helai baju-T, ayam goreng serta barangan keperluan lain.

"Namun, sebelum sampai ke lokasi, bapa mangsa menerima panggilan bahawa anaknya ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh tingkat empat di tempatnya belajar," katanya.

Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di lokasi tempatnya belajar.
Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di lokasi tempatnya belajar.

Menurut Adzli, siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan termasuk dari aspek hubungan kekeluargaan, masalah kewangan dan pendidikan.

"Kita difahamkan pelajar ini bakal menduduki ujian esok dan sedang giat membuat persiapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Adzli berkata, salah seorang rakan mangsa ada merakam video remaja itu menaiki tangga seorang diri di bangunan terbabit namun selepas itu, beberapa pelajar yang berada di perpustakaan terdengar bunyi objek terjatuh.

"Ada yang melakukan bantuan pernafasan namun mangsa tidak dapat diselamatkan," katanya.

Hasil siasatan awal ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian belakang kepala dan kesan melecet di bahagian kaki.

Polis akan membuat semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain siasatan lanjut akan diteruskan.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!