'Lempar makanan bukan kelakar'

Instagram Khloekardashian
Instagram Khloekardashian
A
A
A

BINTANG popular, Kim Kardashian dan keluarga dikecam netizen gara-gara aksi 'food fighting' dengan membazirkan makanan menerusi rancangan realiti 'Keeping Up with the Kardashians'.

Mereka memuat naik video itu di Instagram Khloekardashian sebelum tular di laman sosial.

Difahamkan, ketika itu mereka sekeluarga sedang menikmati sarapan sebelum mula bergurau dan melakukan 'serangan' antara satu sama lain termasuk mencurahkan minuman sesama mereka.

Netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab dan tidak menghormati rezeki kerana masih ramai masyarakat di seluruh dunia kekurangan makanan.

No Image Caption

Kata yael_bc, "Sementara ramai masih tidak memiliki makanan, namun keluarga ini mensia-siakan makan begitu sahaja."

"Video ini tidak sepatutnya disiarkan kerana ia mendatangkan kesedihan kepada mereka yang kelaparan. Lempar makanan untuk orang gelak, mereka ingat ini kelakar" tulis brasilliandoll.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 5 juta tontonan dari netizen yang terus mengutuk perbuatan mereka.

Artikel Berkaitan: