Warga emas terperangkap 15 jam dalam 'timbunan sampah'

Keadaan rumah wanita itu di Canley Vale, Sdyney barat, Australia.
Keadaan rumah wanita itu di Canley Vale, Sdyney barat, Australia.
A
A
A

CANLEY VALE - Seorang pengumpul barangan terpakai melalui detik cemas selepas tertimbus dengan koleksi barangan sendiri selama 15 jam sebelum berjaya diselamatkan pada Isnin lalu.

Wanita berusia 80-an itu terperangkap di rumahnya di Canley Vale, Sdyney barat kira-kira jam 10 malam selepas koleksinya itu jatuh menimpanya hingga menyebabkan kaki terhimpit dan gagal membebaskan diri.

Perkara itu hanya disedari seorang jirannya yang kemudian menghubungi polis pada jam 9.30 pagi.

Polis mendapati wanita itu masih bernyawa dan terpaksa meminta bantuan anggota bomba dengan menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkannya.

Wanita itu dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans selepas berjaya diselamatkan.
Wanita itu dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans selepas berjaya diselamatkan.

Wanita itu berjaya ditarik keluar dari runtuhan itu pada jam 12.30 tengah hari selepas 15 jam terperangkap. Dia kemudian dibawa ke Hospital Liverpool dalam keadaan stabil.

Rumah wanita itu dipenuhi dengan timbunan barangan termasuk kotak kadbod, kerusi lama dan tong plastik. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Antara koleksi barangan yang dikumpul wanita itu.
Antara koleksi barangan yang dikumpul wanita itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!