Najib turun padang tinjau harga barang

Najib membuat kunjungan mengejut ke Pasar Datuk Keramat di ibu negara bagi meninjau harga barangan susulan penurunan harga minyak sejak semalam.
Najib membuat kunjungan mengejut ke Pasar Datuk Keramat di ibu negara bagi meninjau harga barangan susulan penurunan harga minyak sejak semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Minyak turun tapi harga ayam naik. Sebelum ini boleh dapat RM7.50 sekilo tapi sekarang RM8.50."

Itu antara rungutan yang diadukan peniaga Pasar Datuk Keramat, di sini, ketika menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan masa kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk.

Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.

Najib berkata, hasil tinjauan mendapati rakyat masih berdepan dengan kenaikan harga barang meliputi telur, ikan, sotong dan ayam.

“Hampir semua saya jumpa mengadu mengenai kenaikan harga barang ini.

“Nampaknya rata-rata rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga barang dan penjaja merasakan perniagaan tak selaris dulu.

“Mungkin ni disebabkan bantuan kepada rakyat dikurangkan sebab ekonomi dan sebagainya,” katanya ditemui pemberita selepas tinjauan berkenaan, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan harga kesemua bahan api turun bermula tengah malam semalam.

Harga runcit petrol RON97 diturunkan dari RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga baharu RON95 pula diturunkan dari RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Sementara, diesel pula diturunkan dari RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!