Menteri PH 'pulau' Jeck Seng?

Ismail Sabri menegur tindakan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang tidak hadir sewaktu sesi angkat sumpah Jeck Seng di Dewan Rakyat hari ini.
Ismail Sabri menegur tindakan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang tidak hadir sewaktu sesi angkat sumpah Jeck Seng di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur tindakan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang tidak hadir sewaktu sesi angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, walaupun tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai tetapi mereka perlu menghormati Dewan Rakyat.

“Tahniah Ahli Parlimen Tanjung Piai mengangkat sumpah pagi ini tanpa kehadiran seorang menteri pun. Walaupun sakit hati kerana BN menang tetapi kemuliaan dewan mesti dihormati.

“Insya-ALLAH, pertambahan seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang pastinya akan memperkuatkan suara pembangkang di dalam membawa suara rakyat,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Kelmarin, PRK Tanjung Piai menyaksikan calon BN, Jeck Seng merampas kembali kerusi Parlimen itu dengan memperoleh sebanyak 25,466 undi mengatasi pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Empat lagi calon yang bertanding iaitu Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) hanya memperoleh 1,707 undi, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dengan 850 undi serta dua calon bebas masing-masing Dr Ang Chuan Lok (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghafar (32 undi).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!