Beruang coklat akhirnya dibebaskan selepas 15 tahun 'dihukum'

Kehadiran Katya di zoo mini telah disambut dengan 'gembira' oleh beruang jantan, Yashka. Dia menyambut Katya dengan memeluk, mencium dan meletakkan kaki di kandangnya.
Kehadiran Katya di zoo mini telah disambut dengan 'gembira' oleh beruang jantan, Yashka. Dia menyambut Katya dengan memeluk, mencium dan meletakkan kaki di kandangnya.
A
A
A

KOSTANAY - Selepas 15 tahun 'dihukum' di penjara manusia, seekor beruang coklat akhirnya dibebaskan untuk hidup dalam keadaan semula jadi di zoo.

Beruang itu dipenjarakan di Kazakhstan pada 2004 kerana tidak ada tempat lain untuknya selepas melakukan dua serangan di tapak perkhemahan.

Di Penjara Kostanay, beruang betina itu ditempatkan bersama 730 penjenayah berbahaya namun terdapat kolam renang di dalam sel tahannya.

Jurucakap penjara berkata, Katya akan belajar hidup dalam keadaan semula jadi.

Menurut Ketua Pusat Rekreasi Abkshino, Valentina Dmitrienko berkata, rumah baharunya membolehkannya bercampur dengan yang lain dan beruang jantan, Yashka sangat senang melihatnya.

Katya akan belajar hidup dalam keadaan semula jadi di zoo selepas menjalani hukuman penjara selama 15 tahun sejak 2004.
Katya akan belajar hidup dalam keadaan semula jadi di zoo selepas menjalani hukuman penjara selama 15 tahun sejak 2004.

"Dia meletakkan kakinya ke dalam sangkar ini, memeluknya dan menciumnya.

'Kami gembira kerana sambutan yang hangat dan semua orang tersentuh dengan pertemuan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kebun binatang mini itu menempatkan tiga ekor beruang bersama dengan serigala, unta, kuda, keldai dan yak.

Penjara itu terletak 435 batu di barat laut Nur-sultan, ibu negara Kazakhstan dan rumah baharu Katya terletak 235 batu di bandar Petropavlovsk, Kazakhstan. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!