'Osama bin Laden' mati dalam kurungan
GUWAHATI - Seekor gajah liar yang dinamakan 'Osama bin Laden' sempena nama pemimpin Al-Qaeda dilaporkan mati dalam kurungan semalam.
Haiwan itu ditangkap minggu lalu selepas mengamuk dan membunuh lima orang penduduk kampung di Goalpara, Assam di timur laut India bulan lalu.
Gajah itu dipindahkan ke Taman Negara Orang sebelum dilatih membuat rondaan di taman dan pusat hidupan liar di Assam.
"Haiwan itu bersikap normal, tetapi kakinya diikat supaya tidak dapat melepaskan diri," kata seorang renjer taman kepada AFP.
Penjaga melaporkan gajah itu mati kira-kira jam 5 pagi.
Penyebab kematian gajah masih tidak jelas dan bedah siasat telah dijalankan. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!