KPM belum terima laporan murid parah digigit anjing

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian dua pelajar digigit anjing dalam kawasan sekolah dekat Sabah dan Negeri Sembilan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau akan menyemak perkara tersebut dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Negeri Sembilan bagi mendapatkan laporan terperinci.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut sebelum bertanyakan kembali bila kejadian itu berlaku.

"Bila berlaku? Saya mohon maaf kerana saya memang tidak terima laporan terhadap insiden tersebut," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Jumaat lalu seorang murid enam tahun cedera digigit anjing liar di Sekolah Agama Rakyat Awaluddin Batu 7 Jalan Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

Kejadian jam 2.20 petang itu berlaku ketika mangsa sedang menunggu kelas dibuka dan secara tiba-tiba diserang seekor anjing yang menggigit di bahagian leher dan tangan mangsa.

Dalam kejadian berasingan seorang murid perempuan tahun satu parah diserang seekor anjing ketika pulang dari sekolah di Ranau, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lipasu itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama beberapa rakan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun ketika berada kira-kira 300 meter dari luar kawasan sekolah, seekor anjing tiba-tiba mengejar kumpulan murid berkenaan dan menyebabkan mereka lari berpatah balik ke dalam sekolah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!