Terima kasih semua doakan kami, kata Adira
PENYANYI Adira Suhaimi seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dalam keadaan baik.
Sebelum ini, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Selangor.
Menerusi posting terbaru di Instagram, Adira kelihatan sudah kembali berbaik dengan suaminya apabila memuat naik posting gambar suami dan anaknya.
Dia turut meminta peminat untuk doakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
"Terima kasih semua, doakan kami...insya-ALLAH," tulisnya.
Rata-rata peminat memenuhi ruang komen dengan mendoakan dia kembali bahagia di pangkuan suami dan keluarga.
Kata @wanndikwann_official, "Saya doakn keluarga kak @adira, suami bahagia hingga ke jannah.. seronok tengok gambar ni Alhamdulillah."
"Alhamdulillah semoga menjadi keluarga yang mawadah dan warrahmah," tulis @nadzillahneng.
ARTIKEL BERKAITAN: Adira nekad cerai, Datuk Red enggan lepas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!