Tauke kopi 70 tahun kahwin gadis 20 tahun

Pemilik salah satu jenama kopi terkenal di Thailand berkahwin dengan gadis berusia 20 tahun.
Pemilik salah satu jenama kopi terkenal di Thailand berkahwin dengan gadis berusia 20 tahun.
A
A
A

BANGKOK - Perkahwinan melibatkan lelaki tua dan wanita muda atau sebaliknya bukanlah perkara baharu.

Terkini, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun berkahwin dengan seorang gadis yang hanya berusia 20 tahun di Bangkok, Thailand.

Perkahwinan paling mewah ibarat Weading of The Year di sini mendapat perhatian umum.

Manakan tidak pengantin lelaki memberikan mas kahwin kepada pengantin perempuan berjumlah 20 juta baht (RM2.75 juta).

Foto Facebook Chetta Songthaveepol.
Foto Facebook Chetta Songthaveepol.

Perbezaan umur antara mereka kira-kira 50 tahun dan majlis berkenaan adalah perkahwinan pertama lelaki berusia 70 tahun itu termasuk pasangannya.

Menerusi laporan Thai Smile Variety dan Facebook Chetta Songthaveepol, perkahwinan itu menjadi tular di media sosial di Thailand kerana kemewahan selain jarak usia antara mereka.

Pengantin lelaki ialah pemilik salah satu jenama kopi terkenal di Thailand, Khao Shong.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu lelaki tersebut berjanji akan setia bersama isterinya setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!